"adil akan cari ! adil akan cari ! aku akan rodok dan bunuh hang ! kalau nak gaduh bila-bila masa sahaja !"

Kuala Lumpur 24 jan -  Ketua Pemuda Sik saudara Safarudin Hanafiah membuat lapuran polis di Balai Polis Tun HS Lee di sini kira pukul 12.25 tengahari setelah menerima ugutan bunuh menerusi peti simpanan suara telefon bimbit daripada seorang yang tidak di kenali . Panggilan yang di terima adalah dipercayai di buat dari talipon awam . 

 

Sementara itu Mohd Shukri Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Sungai Petani juga telah menerima ugutan bunuh secara bersemuka oleh tiga penyokong pembangkang yang bertindak menghalang kereta Mohd Shukri sebelum membuat ugutan tersebut . Mohd Shukri telah membuat laporan polis di Sungai Petani .

Menurut Assisten Komisioner Mohd Bakri Zinin berkata polis akan menyiasat dengan terperinci dan ianya akan di jalankan mengikut seksyen 507 kanun keseksaan .

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Azimi Daim yang ditemui di ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berkata beliau teramat kecewa dan kesal dengan ugutan yang di terima.

Menurut Azimi Daim lagi inilah corak budaya songsang yang sudah sebati dengan Parti Pembangkang  dan beliau amat yakin bahawa rakyat Malaysia sudah matang dan akan menolak budaya yang di bawa oleh pembangkang ini . Ini telah pun terbukti Di Indera Kayangan apabila Barisan Nasional telah menang dengan majoriti yang lebih besar dari sebelum ini .

Pada pilihanraya yang lalu calon Barisan Nasional Oui Ah Lan memperolehi 4279 undi menumpaskan calon parti keadiln Khoo Yang Chong mendapat 1687 undi .